Tuesday, October 21, 2014

Trimester Ke 3 ~ Preggy 36 Week 2 Days ~

Assalamualaikum,

Fuhhh..baru leh bernafas ni selepas hampir 5 jam menunggu di Klinik Ibu dan Anak tadi untuk Weekly check up bagi minggu ke 36 . Mengikut kata nurse tadi kandungan dah pun mencecah 36 minggu dan 2 hari.. maksudnyer dah masuk 9 bulan... So tunggu masa je la nak keluar baby ni ...

Giler lama nak tunggu jumper nurse dan doc... bayangkan dari jam 8.00 am sampai kul 10 baru nurse panggi then tunggu doc plak, kul 12 baru panggil...aishh cek nyer sekejap je.. tapi punya la ramai manusia.. yang tak faham tu sang-sang bapa ni, Ya Allah, takde sivik langsung duduk kat tempat menunggu macam die plak yang mengandung... tak de kesedaran langsung.. pandang kiter atas bawah je, macam kiter plak yang salah...

Kebaikan check up kat klinik kesihatan kerajaan ni sebab PERCUMA .. tu yang ramai sangat manusia .. even yang nampak cam mewah pun ade gak menunggu tu pun jenis tak sabar, lambat cket dah mengamuk.. Wei standard lah klinik kerajaan, nak mengamuk bagai plak... takde sape pun suruh tunggu.. nak PERCUMA, duk diam-diam tunggu.. nurse pun tahu gak nak rehat, makan semua.. agak-agak yang jenis pakai handbag LV, Channel tu semua ..pi la klinik swasta kalau dah tak nak tunggu... ini tak bergaduh dengan nurse, menyebabkan orang lain pun lambat sekali di panggil..

Geram lah hari ni... Rasanyer hari la paling lama sekali menunggu .. sampaikan masa mintak time slip tu pun nurse terkejut sebab dari kul 8 sampai kul 1 baru habis. Daripada risau nk beranok terus hilang rasa risau..geram bebenor..

Risau sangat sebenarnya biler nurse ckp kepala baby dah ke bawah ni, anytime je boleh beranak sebab dah 9 bulan dah pun.. due date doc bagi kadang-kadang tak semestinya tepat..hope semuanya berjalan lancar, al maklum lah dah 6 tahun tak beranak kan..lagi pun ada pengalaman beranak sekali je dalam seumur hidup ni.. yang second time ni rasa debar tu sama macam yang first..

Doa kan Eda dan baby selamat semuanya ye, Mohon ampun kalau ada salah silap ye! 0-0 :)

Monday, October 20, 2014

DAH NAK DUE DAH ...

Assalamualaikum,

Sekejap je masa berlalu kan.. pejam celik pejam celik usia kandungan dah nak masuk 9 bulan dah. Alhamdulillah sepanjang mengandung ni memang tak de masalah sangat pun, baby behave sangat dari awal preggy sampai lah dah dekat nak bersalin ni.. Harap-harap mudahlah bersalin kali ni..

Kalau ikut kata Doc, Eda maybe bersalin middle of Nov ni tapi kuasa Allah siapa yang tahu kan.. mana lah tahu tercepat plak kan.. So far, masa preggy ni takde lah sangat mengamalkan ubat-ubat yang doc suggest kan tapi Eda hanya amalkan makan 4 biji Ostematrix setiap malam sebelum tido.. itu je pun dah cukup, rasa badan tak letih sangat dan kaki pun takde cramp sgt kecuali kalau ada skip makan Ostematrix tu..

Hmmmm kadang-kadang terskip gak makan Ostematrix tu, bila dah skip merana la diri memalam tu sebab kaki akan cramp dan esok pagi pasti kaki jadi bengkak.. ini memang dari pengalaman sendiri.. Tak percaya leh la cuba siapa-siapa yang preggy tu..

Jantina baby masih lagi samar-samar, Eda pun tak tanya Doc jantina masa doc scan, esok baru nak tanya.. esok check untuk minggu ke 36... Alhamdulillah, sehingga hari ni doc cakap baby sihat-sihat aje kat dalam perut ibu dia ni.. Hope keluar nanti pun selamat dan sihat, tak kisah la yang keluar nanti baby girl ke baby boy .. tapi ramai tukang tilik tak bertauliah cakap maybe baby girl.. Dapat girl pun ok, leh teman Kakak Nia main sama-sama

Sekarang ni agak risau la jugak sebab sekarang ni kerja dah jauh dari rumah n kena drive sendiri.. minta-minta sangat rasa sakit nak bersalin tu masa kat rumah bkn kat dalam kereta masa pergi or balik keje... kalau dalam kereta siapa plak yang nak sambut ye.. Baby sabar tau, sampai rumah baru leh kuar.. selalu cakap ngan baby macam tu..hihihi...Tapi beg semua dah ready dah..

Pesanan masyarakat dari Eda, siapa-siapa nak set ketika hamil dan set bersalin leh je roger2 Eda di talian 018-3809337 .. handphone ni on je 24 jam kecuali la nnt dalam labour room tak dapat lah den nak menjawab nyer ye..




PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan harga istimewa untuk set kesuburan wanita ini. Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dangan saya sahaja.

Eda
Shaklee Independent Distributor / 1101014
018-3809337
niazdaniaz@gmail.com 

PROMOSI OKTOBER 2014

Assalamualaikum,

Wah lamanyer blog ni bersawang kan.. lama benor tak menjenguk.. busy sangat lately ni dengan tukar tempat keje lagi, nk uruskan anak sekolah lagi..hmm macam2 hal la..

Apa-apa pun masih belum terlewat ye untuk promosi oktober 2014 ni ..

Buy 6 ESP Free 1.. wow sape nak cepat2 order ye..

PM me at 018-3809337 / Eda Cepat sementara stok masih ada.

Recent Post

get this widget here